MASJID AL MURSHID

KAMPUNG SEBERANG MANONG, KUALA KANGSAR PERAK
PERAK
0805239
0125978543
tiada
24/06/1980

SEJARAH

- Pada tahun 1970, Kg. Seberang Manong mempunyai sebuah surau bagi penduduk mendirikan solat berjemaah. Pada masa tersebut tapak surau adalah berdekatan tebing Sungai Perak berhampiran jeti bot penambang kampung seberang manong. Apabila penduduk serta isi rumah bertambah bagi Kg. Seberang Manong, penduduk mohon kepada pihak yang berkenaan bagi mendirikan sebuah masjid bagi menggantikan surau yang sedia ada di atas tapak yang baru rezab srjk (cina). - Pada tahun 1980, satu peruntukan bagi membina Masjid Kg. Seberang Manong, Mukim Senggang telah diluluskan oleh pihak pembangunan luar bandar (plb) kementerian pembangunan luar bandar dan bangunan baru masjid kg seberang manong telah siap di bina pada akhir tahun 1980. Bangunan masjid adalah berdinding papan dan bertingkap cermin nako. penduduk kg seberang manong telah menamakan masjid kampung seberang manong sebgai Masjid al-Mursid bersempena dengan nama pengasas, ketua peneroka awal Kg. Seberang Manong iaitu Tn Haji Musib. beliau ialah ketua kampung pertama bagi Kg. Seberang Manong, Mukim Senggang, daerah Kuala Kangsar. - Pada tahun 2014, satu peruntukan bagi menaiktaraf Masjid al-Mursid Kg. Seberang Manong telah diluluskan sebanyak RM100,000 oleh pihak berkenaan. Struktur binaan telah diubahsuai iaitu dinding papan/kayu masjid telah diganti dengan dinding simen konkrit dan tingkap cermin nako di ganti dengan tingkap cermin sekeping/slide. Semasa masjid al-mursid diperingkat pelaksanaan kerja menaik taraf, jkkk dan ajk kariah bekerjasama bergotong royong membersihkan dewan orang ramai Kg. Seberang Manong yang berhampiran dengan masjid untuk dijadikan tempat solat jumaat sementara. Kerja-kerja bagi menaiktaraf masjid telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2014.

BINAAN

kubah masjid : kubah masjid berbentuk 'dome' yang diperbuat daripada zink menara masjid : masjid ini tidak mempunyai menara bumbung masjid :masjid ini berbumbungkan atap zink berlapis mihrab masjid : di bahagian mihrab masjid ada di tempatkan mimbar tempat khatib menyampaikan khutbah jumaat. mimbar diperbuat daripada kayu jati yang berukir corak daun / bunga timbul di bahagian depan dan sisi mimbar. mimbar tersebut adalah sumbangan daripada ahli kariah dan ditempah di bengkel kraftangan daerah manjong, sitiawan perak. -ruang solat :ruang solat masjid boleh menampung seramai 200 jemaah. ruang solat bagi wanita juga ada disediakan. -seni khat : ruang solat di bahagian dinding masjid tidak mempunyai tulisan seni khat. pihak ajk kariah ada menempatkan papan kenyataan bacaan doa-doa ketika memasuki / keluar masjid di pintu pintu utama masjid dan papan kenyataan melakukan solat sunat tahiyatul masjid/berniat iktikaf di masjid di bahagian dinding hadapan masjid. - senibina keseluruhan : bangunan masjid al'mursid adalah seperti bangunan biasa sahaja. bangunan masjid al'mursid kampung seberang manong dapat di kenal pasti sebagai masjid kerana di tengah bumbung bangunan ada mempunyai kubah (dome) yang diperbuat daripada zink.

KEMUDAHAN

PETA





57110


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan