MASJID AL MUKHLISIN

KAMPUNG GUAR, 33800 MANONG, PERAK
PERAK
0805236
0125859307
25/06/1956

SEJARAH

Masjid asal didirikan secara gotong royong di tepi sungai perak (baroh) dan siap sepenuhnya pada 26.05.1926 selepas air bah besar 1926. Sekitar tahun 1956, masjid ini dipindahkan ke tepi jalan raya oleh kerana jalan melalui sungai tidak lagi digunakan dan perpindahan penduduk menyebabkan solat jumaat didirikan di masjid baru ( didirikan semula berasaskan tiang 4 batang direpang lapan ini dengan upah RM3000 ) pemindahan tiang dan kayu di tarik dengan 2 ekor kerbau jantan Mohd Bakri . Namun begitu, akhirnya di upah buruh JKR bernama kambu menglangsaikan semua kayu kayu tersebut dengan nilai RM300. Tapak masjid ini diwakafkan daripada Hajah Maimunah / Ar Hj Yatimi - melalui tuan (general TNI) Hj Zulkifli B Hj Yatimi kepada Ar-Kadi Saaya (nenekanda kepada Ustaz Hj Jamaludin). Diingatkan sementara masjid siap , solat jumaat bermula di surau lama ditapak asal surau tepi jambatan dan kemudian memindahkannya ke tapak sekarang dengan bergotong royong. Masjid ini telah melalui beberapa proses naiktaraf dan baik pulih dan dapat menapung RM500 - RM600 jemaah. Pn Hjh Rusila Daud telah bermurah hati menambah keluasan tapak masjid dengan wakaf tambahan di belakang pagar selepas pisang hingga ke pokok kelapa dan sempadan rumah arwah Hjh Maimunah. Proses tersebut selesai dibawah Us Nizam Pejabat Baitulmal negeri. Semua dokumen tanah wakaF telah dibuat salinan oleh Pejabat Baitulmal atas tujuan kemas kini data dan rekod. Perlantikan seterusnya bagi penggal julai 2012 - jun 2015 masjid-masjid di urus oleh seramai 15 orang ahli jawatankuasa kariah di bawah di bawah pentadbiran Jaipk tidak melebihi 3 tahun sekali.

BINAAN

Ciri senibina lama, tanpa menaram hanya 1 kubah besar di tengah, berbumbung zink.

KEMUDAHAN

(1) Tandas /Bilik air awam

PETA





169951


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan