MASJID AL KHAIRIAH, KEROH HILIR

KAMPUNG KEROH HILIR, 33700 PADANG RENGAS, PERAK
PERAK
0805228
0122710715
tiada
06/10/1999

SEJARAH

Pada tarikh 22 Sept. 1999 Masjid lama yang dibina pada 01 Mac 1936 telah dirobohkan dan dibina Masjid baharu bermula tarikh 06 Okt. 1999 dan diberi nama Masjid Al-Khairiah. Telah didirikan di atas Lot tanah 773 dan 671,berkeluasan krseluruhan 2,969 kaki persegi. Tanah telah diwakafkan oleh enam orang penama. Bangunan Masjid terletak di Kampung Kroh Hilir dan Jemaah kariah Masjid ini dikonsi oleh tiga kawasan dan tiga Ketua kampung iaitu Kg. Kroh Hilir, KG. paya Ranggam dan Kg. Sungai Ati. YB. Dato'Hj. Jamal Nasir bin Rasdi merupakan ADUN Lubuk Merbau ketika itu ,Penghulu Mukim Kg. Buaia dan Ahli -ahli Jawatankuasa Masjid adalah orang utama atau pencetus pembinaan. Nama Kontraktor yang. dilantik ialah Sykt. Dinamik manakala Sykt. An Nissa mengendalikan menara. Pembinaan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2001

BINAAN

- Binaan kubah dan seni khat diambil dari Terengganu. - Menara masjid antara yang tertinggi di peringkat mukimnya iaitu 80 kaki. - Mihrab dicipta oleh En Zainun dari Taiping yang turut berpengalaman dalam seni khat selama 15 tahun. - Bumbung pula mengikut corak pembinaan Masjid Segari Manjung.

KEMUDAHAN

RUANG SOLAT LELAKI & WANITA, TANDAS LELAKI & WANITA, PARKIR KENDERAAN, PAPAN KENYATAAN, PENGHAWA DINGIN / AIRCONDITIONER, LALUAN KHAS O.K.U, MENARA MASJID/SDJ , TEMPAT WUDHU LELAKI & WANITA, SETOR / RUANG SIMPANAN BARANG, DEWAN MAKAN , DEWAN ORANG RAMAI, MESIN AIR MINUMAN, BILIK PEGAWAI MASJID, MIMBAR MODEN

PETA





9696


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan