MASJID JAMEK TAMAN DESA BAKTI

TAMAN DESA BAKTI, 36000 TELUK INTAN, PERAK
PERAK
0804177
0104394216
15/03/2015
15/03/2015

SEJARAH

Sejarah awal perkembangan Masjid Jamek Taman Desa Bakti bermula diawal tahun 80-an. Sekitar tahun 1980 sebuah kawasan ladang getah dan sawit telah dibangunkan untuk dijadikan kawasan perumahan. Permulaan kawasan perumahan yang terawal ialah disekitar surau lama kini. Lipatan sejarah ini meninggalkan seribu kenangan manis kepada warga Taman Desa Bakti. Antara penduduk awal yang dapat saya temui dan berkongsi maklumat ialah En.Jamali Bin Abd. Aziz lebih mesra dengan panggilan Abang Jantan, Abang Raman posmen, En Zulkaply mesra dengan panggilan Kang joi dan beberapa orang lagi. Menurut Abang Jantan sekitar tahun 1985 jumlah penduduk dianggarkan 100 orang telah menduduki rumah-rumah yang telah siap dibina.Untuk fasa 1 dengan harga jualan seunit RM35000.00. Apabila siap sahaja Projek perumahan RM35000.00 pemaju pada waktu itu telah meneroka lagi tanah untuk dibangun perumahan fasa 2 dengan nilai RM25000.00. Demi menyibarkan syiar Islam di kawasan perumahan baharu pada waktu itu, beberapa orang penduduk terawal telah bermesyuarat dan berbincang untuk mencari tempat solat berjemaah bagi menunaikan tuntutan fardu kifayah. Pada waktu itu tapak untuk mendirikan surau memang telah disediakan oleh pemaju iaitu di tapak surau lama sekarang ini. Atas rasa tanggungjawab dan cinta akan syiar Islam terus berkembang di Taman Desa Bakti, En. Rossidin lebih mesra dengan panggilan Wak Din telah memberi kebenaran untuk menggunakan rumahnya dijadikan surau sementara bagi penduduk menunaikan solat 5 waktu berjemaah. Rumahnya terletak berhadapan dengan Masjid Jamek Taman Desa Bakti sekarang ini . Pada waktu itu tidak ada imam tetap lantikan daripada Pejabat Agama. Imam dan bilal dilantik antara mereka yang ada pada masa itu. Antara imam yang terawal yang pernah menabur bakti di rumah Wak Din ialah Pak Salleh yang bekerja di Jabatan Air dan Saliran Teluk Intan, En. Zulkifle b Zulkap… lebih mesra dengan panggil Kang Joi, En. Othman bin Husin bekerja di Pejabat Tanah Teluk Intan dan Sharudin bekerja sebagai anggota Polis .Berkat usaha gigih mereka serta beberapa orang penduduk taman berjaya solat berjemaah dijalankan di rumah Wak Din yang diberikan secara percuma sementara menunggu surau dibina. Selang beberapa tahun diawal tahun 90-an, atas doa dan keringat penduduk taman yang gigih untuk syiar Islam berkembang di taman ini, Allah lorongkan untuk terbinanya sebuah surau ditapak Surau Taman Desa Bakti sekarang ini.Pada waktu itu, di kawasan Bagan Datuk satu permohonan untuk membina surau telah dipanjangkan ke Pejabat Daerah oleh ahli Qariah di Bagan Datuk.Permohonan mereka telah berjaya. Maka Penjabat Daerah pada waktu itu hanya membekalkan peruntukkan dalam bentuk kayu-kayu tiang dan papan-papan untuk dibina sebuah surah di Bagan Datuk. Manusia merancang, perancangan Allah sebaik-baik perancang. Mereka telah menolak sumbangan berbentuk kayu tiang dan papan kerana ingin peruntukkan dalam bentuk wang tunai.Kesempatan ini telah diambil Oleh En Othman yang juga merangkap imam dan juga pengerusi pada waktu itu telah memanjangkan permohonan agar kayu dan papan yang sepatutnya dihantar di Bagan Datuk dihantar ke Taman Desa Bakti bagi mendirikan Surau. Permohonannya telah berjaya. Maka bermulalah pembinaan Surau kayu yang mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan melalui peruntukkan Pejabat Daerah Hilir Perak (PLB). Tukang yang membina Surau didatangkan khas dari Sungai Manik. Pada waktu itu surau dibina ditingkat atas dan bertangga seperti yang ada sekarang ini. Menurut abang Leman jika waktu hujan, air akan bertangkung mengelilingi surau. Surau kelihatan seperti pulau. Penduduk terpaksa menggunakan batu bata sebagai lapik untuk naik ke surau. Manakala bahagian bawah surau terlapang begitu sahaja. Akhirnya melalui permohonan beberapa tahun kemudian telah dikepung dengan batu bata seperti yang ada sekarang ini. Pada waktu surau kayu siap dibina, antara imam yang pernah ditugaskan sebagai imam ialah Allayarham Zabidi, En Sallehudin Bin Ghazali, En. Mokhtar bin Yaakub, Tuan Hj Arshad Bin Saie dan Ustaz Abdul Wahab Bin Dawam. Manakala bilal yang dilantik antaranya En. Jamalul Safri Bin Alwi, En Roslan Bin salim, En Radulan Bin Mohamad, dan En. Mahmud Bin Abdullah Sani.Begitu juga barisan siak yang pernah menabur bakti di surau kayu. Antaranya Arwah Kamaruddin, En Zulkifli bin Manap, En Noorazman, En. Farid bin Mustafa ,En. Samssuri bin Dasiron, Che Om bin Noor, Pak Salim dan yang terkini En. Azizi bin Hashim serta En Zubairi bin Ramli mesra dengan panggilan Bulat. Manakala pengerusi yang lama memegang jawatan pengerusi di Surau Taman Desa Bakti ialah Cikgu khaidir Bin Hj Othman. Setiausaha yang pernah berkhidmat pada waktu itu ialah Cikgu Amir, , En. Zulkifli Bin Sakatarah, Cikgu Zulkarnain Bin Abd. Kamal dan yang terkini Cikgu Yunos bin Demin. Manakala bendahari yang pernah berkhidmat ialah En Khairul, En. Manap bin Abd. Aziz dan yang terkini En Sharudin bin Suad. Pada peringkat awal perkembangan Surau Taman Desa Bakti hanya digunakan untuk solat 5 waktu sahaja. Bagi menunaikan solat Jumaat, penduduk terpaksa keluar dari kawasan taman.Kebanyakkan penduduk bersolat jumaat di Kampung Banjar yang jaraknya lebih kurang 15 Km dari surau Taman Desa Bakti. Pertambahan penduduk dan memikirkan keselesaan penduduk Taman pada waktu itu, En. Mokhtar Bin Yaacob selaku penghulu telah mencadangkan untuk memohon kepada Pejabat Agama Islam Negeri Perak bagi mendirikan solat jumaat di surau Taman Desa Bakti.Maka pada tanggal 19 Oktober 2001 secara rasminya bermulalah solat jumaat kali pertama. Surau bertukar nama Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato Hj. Hashim Bin Haji Anang. Pengetua Sekolah Menengah Agama Irshadiah, Bagan Datuk merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak pada masa itu.Pada waktu itu juga, Surau Diri Jumaat pernah dijadikan Pusat Tahfis di bawah kendalian Allahyarham Ustaz Wan dengan dibantu oleh Ustaz Fauzi bin Ghazali dan Hj. Zainal. Pusat tahfis beroperasi hamper 4 tahun sebelum berpindaah ke bangunan barunya di Sungai Kerawai. Perkembangan masa dan zaman ,diakhir tahun 90-an dan awal tahun 2000 kawasan perumahan Taman Desa Bakti berkembang maju. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Begitu banyak taman –taman perumahan yang baru dibangunkan. Antaranya Taman Desa Mulia, Taman Bersatu, Taman Intan Mutiara,Taman Muhibbah, Taman Desa Caely, Taman Fajar, Taman Banjar Jaya, Taman Intan Baharu, Desa Mahkota dan beberapa taman lagi yang pesat membangun hingga sekarang ini dengan jumlah penduduk Islam yang dianggarkan 3000 orang. Sekali lagi En Mokhtar bin Yaacob selaku penghulu mencadangkan kepada Ahli Jawatankuasa Surau Diri Jumaat memohon kawasan padang bola yang sekarang ini tapak Masjid Jamek Taman Desa Bakti untuk diwakafkan sebagai tapak Masjid. Bermulalah usaha-usaha untuk memohon tanah padang bola untuk diwakafkan sebagai tapak masjid di atas tanah kerajaan PT 20687 .Di bawah kepimpinan pengerusi Cikgu Khaidir dan Setiausaha Cikgu Zulkarnain serta barisan ajk Surau Diri Jumaat pada waktu itu, telah memajukan permohonan ke pejabat tanah. Tidak semudah itu untuk tanah padang bola diluluskan menjadi tanah wakaf sebagai tapak masjid. Berbagai halanggan dan bantahan agar usaha untuk mendapatkan tanah tersebut gagal. Namun semua rintahan dan halangan dapat ditempoh walaupun mengambil masa yang agak lama.Demi Syiar Islam berkembang terus di Taman Desa Bakti, Pengerusi Cikgu Khaidir , Setiausah Cikgu Zulkarnain serta barisan AJK terus berusaha dan ahkirnya pada 4 Jun 2008 permohonan tersebut telah berjaya mengambil masa sehingga 10 tahun baharu permohonan tanah diluluskan. Bermulalah usaha-usaha untuk mengumpul dana bagi mendirikan masjid Jamek Taman Desa Bakti. Berbagai cara dan kaedah dibuat untuk mengumpul dana daripada orang perseorangan, orang ramai dan syarikat-syakirat besar . Syabas dan tahniah kepada seluruh ahli Qariah Taman Desa Bakti yang tidak putus-putus dan lokek untuk menderma bagi merialisasikan sebuah Masjid tersegram indah dan cantik terbina bagi mengantikan surau yang agar uzur dan sempit terutama pada waktu solat jumaat dan solat hari raya khasnya. Anggaran kos untuk membina Masjid Jamik Taman Desa Bakti dianggarkan berjumlah 2.5 Juta. Tanpa mengenal erti jemu dan penat seluruh ahli jawatankuasa dan ahli Qariah berjaya mengumpul wang sejumlah RM400,000.00. Dalam menyuarat AJK pada 2 Februari 2015 yang dipengerusikan oleh Cikgu Khadir, Setiausaha Cikgu Yunos bin Demin serta barisan AJK Surau Diri Jumaat dan AJK Pembinaan Masjid Taman Desa Bakti telah bersetuju untuk memulakan kerja-kerja pembinaan masjid dengan modal RM400,000.00. Maka pada tanggal 15 Mac 2015 bermulalah kerja menambak dan meratakan tanah .Kerja-kerja menanam cerucuk giat dilaksanakan. Kontraktor yang dilantik pada pada itu ialah En.Ali dan En.Masdin. Pembinaan masjid terhenti hampir setahun kerana kehabisan dana bagi menyiapkan masjid.Barisan AJK pembinaan terus berusaha mencari dana dan kerja-kerja pembinaan disambung semula. Keseluruhannya barisan AJK dan ahli Qariah Taman Desa berjaya mengumpul dana tanpa bantuan daripada pihak kerajaan hampir mencecah RM1.5 juta .Atas kesungguhan dan kewibawaan yang baik yang ditunjukkan oleh barisan AJK pembinaan pada masa itu, pihak JKR Ipoh telah datang memantau pelaksanaan projek kerana pihak AJk pada waktu itu ada mengajukan permohonan dana kepada pihak kerajaan bagi menyiapkan masjid. Mereka kagum dengan progres pembinaan yang berjalan mengikut standard dan kualiti serta kos yang agak rendah. Barisan AJK telah dijemput datang ke JKR ipoh untuk membentang kertas kerja dan perancangan bagi menyiapkan masjid. Pengerusi yang baru yang mengantikan Cikgu Khaidir iaitu En Shuib bin Bahari dibantu dengan setiausaha Cikgu Yunos telah membentangkan kertas kerja di hadapan pengarah JKR Ipoh , Unit Perancagan ekonomi dan pegawai dari Pejabat Agama Ipoh. Maka usaha barisan AJK yang gigih telah berjaya. Pada waktu itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM1 juta dengan bantuan oleh ADUN Cangkat Jong Dato Azhar Jamaludin pada masa itu. Sebanyak RM1 juta telah dimasukkan terus ke akaun Masjid Jamek Taman Desa Bakti tanpa melalui JKR. Jarang-jarang kes seperti ini berlaku dana kerajaan terus dimasukkan ke akaun Masjid dan diuruskan sendiri oleh AJK Pembinaan Masjid. Ini kerana kepercayaan yang tinggi oleh Pengarah JKR atas kewibawaan barisan AJK Pembinaan Masjid Jamek Taman Desa Bakti mampu menyiapkan sebuah masjid tanpa bantuan kerajaan dengan kos dan kualiti yang baik Maka pada tanggal 4 Mei 2018 Masjid Jamek Taman Desa Bakti secara rasminya dinaik taraf kepada sebuah masjid .Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Ahmad Husni Bin Hj. Husan selaku Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan diserikan lagi dengan kedatangan Orang Besar Jajahan dan para Pegawainya. Kini Masjid Jamek Taman Desa Bakti terus berkembangan maju.Banyak program-program keagamaan seperti kelas pengajian agama, pengajian al-Quran kanak-kanak dan dewasa. Tidak kurang juga aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dari muslimin dan muslimat .Masjid Jamek Taman Desa Bakti kini menjadi titipan bualan masyarakat setempat dan luar kerana sebuah masjid yang tersergam indah telah berjaya dibina. Aktiviti-aktiviti syiar Islam terus dijalankan. Sekalung tahniah kepada seluruh Ahli Qariah Taman Desa Bakti kerana berjaya berganding bahu menyiapkan sebuah masjid. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Mari kita bersama membangunkan Masjid ini.Kurangkan persengketaan sesama kita. Rapatkan ukhwah dikalangan ahli Qariah demi syiar Islam terus terpancar di seluruh Qariah Taman Desa Bakti. Al Fatihah juga kepada mereka-mereka yang awal-awal dahulu yang mengasaskan pembinaan surau. Semoga Roh mereka dikalangan orang yang beriman.

BINAAN

BATU KONKRIT, MOZEK
BATU KONKRIT, MOZEK

KEMUDAHAN

PETA