MASJID NURUL HIJRAH

TAMAN INTAN MAS,36000 TELUK INTAN
PERAK
0804142
019-5586104
03/08/1998

SEJARAH

Pada sekitar tahun 1996, Taman Intan Mas siap dibina. Walaubagaimanapun, tiada masjid atau surau berhampiran taman berkenaan. Surau yang berdekatan adalah Al-Ahmadiah di rancangan perumahan awam padang tembak, manakala masjid terdekat adalah Masjid An-Naim, Taman Seri Setia dan Masjid Kampung Banjar. Ini menyebabkan sebilangan penduduk mengalami kesukaran untuk melakukan ibadat kerana surau dan masjid berkenaan agak jauh. Atas rasa prihatin berapa orang penduduk telah mengorak langkah awal dengan menubuhkan AJK penaja surau Taman Intan Mas pada tahun 1997. Antara ajk terawal yang terlibat ialah Ustaz Mat Hamdan b Amin, En Mohd Khairi b Mohd Rodzi, En Mohd Radzi b Hj Ahmad Zahari, Tn Hj Mohamed Akram b Mohd Ayub, Ustaz Husaini b Jawawi, en Norazman b Nordin serta Tn Hj Mohamad Basri b Jaafar. Hasil daripada kata sepakat akhirnya AJK penaja bersetuju untuk memohon peruntukan bagi mendirikan bangunan surau di atas tanah lot 22809 ( berdasarkan peruntukan surau pada plan taman intan mas }

BINAAN

masjid nurul jihrah merupakan binaan satu tingkat. bangunan ini dibina sepenuhnya daripada batu. senibina yang digunakan merupakan senibina melayu seperti kebanyakan masjid di negeri ini. gambar dibawah menjelaskan lagi tentang ciri-ciri sebina masjid ini.

KEMUDAHAN

-dewan solat -bilik imam -bilik muazzin -alat penghawa dingin -kipas -permaidani -khat -laptop -lcd dan layar putih -sistem pembesar suara -bilik air -stor -kolah tempat wuduk -paip air tempat wuduk -awning keliling masjid -peti sejuk -kerusi dan meja

PETA





58143


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan