MASJID JAMEK AL-IHSAN

TAMAN SAMUDERA 32040 SERI MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802096
017-5575309
05-6885186
30/11/-0001

SEJARAH

1. Pada asalnya, Masjid Jamek Al Ihsan adalah sebuah surau yang dibina pada tahun 1994 dengan kos perbelanjaan RM60,000 hasil dana sumbangan orang ramai. Sebahagian daripada bangunan di sebelah kanan digunakan sebagai sekolah agama rakyat. Oleh kerana pertambahan penduduk disebabkan pembangunan di kawasan persekitaran pihak pengurusan dengan kerjasama ahli kariah telah membuat penambahan di sebelah kiri bangunan asal. 2. Oleh kerana pertambahan penduduk dan bagi memudahkan penghuni setempat mengerjakan solat jumaat, pihak pengurusan telah megajukan permohonan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak untuk dinaikan taraf sebagai Surau Diri Jumaat mulai 25 Julai 2008. 3. Peredaran masa terus berlaku, kesan dari pembangunan dengan pertambahan taman-taman perumahan dan pejabat swasta berhampiran pihak jawatankuasa telah megajukan permohonan kepada Majlis Agama Islam Perak untuk menaikkan taraf Surau Diri Jumaat dijadikan Masjid Jamek. Permohonan telah diperkenankan dan mulai 05 Mac 2010 ia nya mula beroperasi sebagai masjid dengan pendaftaran JAPK/BPM/M/MJG/43

BINAAN

1. Bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah pihak pengurusan telah telah membuat penambahan tempat solat dengan penambahan bahagian belakang bangunan dengan memasang awning dan memasang mozek. Bahagian sebelah kanan yang ada pada asal nya kelas Sekolah Agama Rakyat, telah diserah sepenuh nya kepada pihak pengurusan Masjid dan dijadikan bilik kuliah Muslimat dan ruang solat tambahan jika dewan utama penuh

KEMUDAHAN

- tempat wuduk - telekung - sejadah - pejabat masjid - ruang memasak - parkir - kedai perniagaan - tandas awam - kerusi orang kurang upaya - ruang bilik kuliah

PETA





58609


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan