MASJID JAMEK AL-IKHWAN

PERSIARAN VENICE SUTERA 3 DESA MANJUNG RAYA 32000 LUMUT PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802093
0125213323
05-6690648
16/09/2003

SEJARAH

1. 2003- mula menyewa seunit rumah berkembar di no. 209 jalan sutera desa manjung raya sebagai surau sementara. 2. Mac 2007- pembinaan surau baru dengan peruntukan dari Pejabat daerah Manjung sebanyak RM115,000.00. 3. Julai 2007 - Surau mula digunakan. 4. Oktober 2010- Mendapat kelulusan naik taraf dari Surau kepada Masjid Jamek Al-Ikhwan.

BINAAN

Konsep bangunan asal bercirikan senibina resort dengan bumbung jenis limas perak. Ruang solat utama asal berdinding kaca telus pandang dan di kelilingi ruang tepi atau verandah yang boleh menampung limpahan jemaah. Struktur bumbung juga di bina tinggi dengan kubah kecil segiempat di pusat bumbung tersebut. Beberapa binaan bangunan tambahan telah dilaksanakan di sisi kanan dan kiri bangunan tersebut bagi menampung bilangan jemaah yang bertambah dari masa ke semasa. Kapasiti luas lantai sekarang adalah sekitar 6,500 kaki persegi

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -ruang makan -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah -ruang musafir -kawasan riadah

PETA





58608


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan