MASJID AR-RAUDHAH

KAMPUNG TERSUSUN BATU 7 LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK DARUL RIDZUAN
PERAK
0802085
012-5217979
03/08/2007

SEJARAH

Projek pembinaan masjid baru, merupakan 1 projek untuk seluruh penduduk merangkumi kariah penduduk Kg. Tersusun Batu 7 Lekir, Taman Seri Lekir, Batu 7 Lekir Dalam, Kampung Batu 6 Lekir, Taman Keris dan Taman Kiara. Pembinaan masjid ini dicadangkan di Kampung Tersusun Batu 7 Lekir disebabkan kesediaan tanah yang telah digazetkan seluas 2.2096 hektar (5.46 ekar oleh Kerajaan Negeri. Terletak di KM 11, Lebuhraya Ekspress Sitiawan-Teluk Intan merupakan kampung tersusun terbesar dalam Malaysia dengan lot sebanyak 1200. Sekretariat pembinaan masjid baru telah ditubuhkan pada 3 0gos 2007 bersamaan 19 Rejab 1428H. Tapak masjid baru memulakan kerja penambakan tanah, pembinaan jalan dan longkang di tapak pembinaan masjid baru pada Julai/Ogos 2010. 01 0gos 2011, Yab Perdana Menteri bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi membiayai kos membina masjid baru Kg. Tersusun Batu 7 Lekir. Sebahagian besar sumbangan adalah dari sumber kutipan dana dan sumbangan daripada penduduk dan sumbangan individu. Proses tender telah dilakukan dan ditutup pada 26 Januari 2012. Proses penganugerahan pada Jun 12. Kontraktor yang terpilih ialah promosi tegas sdn bhd dengan kos RM2,893,653. Tarikh milik tapak pada 29 Ogos 2012 dan jamgka masa siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2014. Masjid baru dirancang akan mula digunakan pada 31 Mei 2015.

BINAAN

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -ruang bilik kuliah

PETA





58695


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan