MASJID PANGLIMA KINTA

JALAN MASJID, 30300 IPOH, PERAK
PERAK
0801316
0195707995
30/11/-0001
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Panglima Kinta merupakan sebuah masjid yang terletak dalam Daerah Ipoh, Perak, Malaysia. Masjid ini juga telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Negeri Perak. Masjid Panglima Kinta telah dibina pada 1898 oleh Datok Panglima Kinta Muhamad Yusuff bin Lassam. Dalam tahun itu juga isteri kepada Datok Panglima Kinta yang bernama Saaidah bt Chik telah meninggal di Ipoh dan masjid ini dibina untuk memperingati isteri beliau yang tercinta.

BINAAN

Masjid ini telah dibina dengan menelan kos sebanyak RM15,000. Selepas beberapa tahun, terdapat beberapa penambahan iaitu kawasan perkuburan untuk ahli keluarga Panglima Kinta dan sebuah madrasah untuk kelas-kelas pengajian di dalam kawasan masjid tersebut dan selepas beberapa tahun lagi, penambahan tempat berwudhuk, balai lintang dan rumah untuk pegawai masjid dibina. Kompleks masjid ini dibina di atas tanah seluas 45,000 kaki persegi berhampiran dengan Sungai Kinta. Masjid ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan pada tahun 2012 oleh Jabatan Warisan Negara.

KEMUDAHAN

Panglima Kinta ialah Ketua Kawasan Kinta ("Lord of Kinta") dan merupakan satu daripada 8 orang-orang besar. Panggilan penuh bagi Datok Panglima Kinta ialah Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja. Kini tugas Panglima Kinta ialah sebagai mata dan telinga dan sebagai penasihat sultan mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu.

PETA