MASJID AT-TAIYYIBIN

KG. TERSUSUN TANAH HITAM, 31200 CHEMOR, PERAK
PERAK
0801301
013-5283061
11/01/1999
11/01/1999

SEJARAH

Majlis sambutan maulidur rasul di Surau Nurul Kamaliah, Tanah Hitam pada tahun 1994 bermulanya sejarah pembinaan masjid ini. Peringatan yang disampaikan oleh Mufti Perak, Dato'Seri Haji Harussani b Zakaria telah mendorong seorang hartawan, Dato' Haji Mohd Taib b Haji Abdul Hamid untuk memenuhi hasrat masyarakat setempat mahu membina sebuah masjid di kawasan penempatan Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Chemor, Perak. Dato' Haji Mohd Taib b Hj Abdul Hamid bersetuju membiayai sepenuhnya pembinaan masjid ini dan mewasiatkan agar projek pembinaannya disempurnakan sebelum beliau kembali ke rahmatullah. Setelah menunggu hampir 4 tahun, akhirnya pada tahun 1998 pihak kerajaan meluluskan sebidang tanah seluas 1.2 hektar sebagai tapak masjid. Anak lelaki Allahyarham iaitu Haji Adam b Dato Haji Mohd Taib telah melunaskan wasiat bapanya bagi pembinaan masjid ini.

BINAAN

Masjid ini siap dibina pada tahun 1999 dengan anggaran kos RM800,000 dan tersergam indah dengan ciri-ciri senibina Islam morocco sesuai dengan kedudukannya di kawasan tanah tinggi. Kedudukannya yang terletak di atas bukit dengan senibina yang menarik menjadikan masjid ini kelihatan indah dan menawan. Penggunaan warna pastel pada dinding bangunan beserta kubah masjid berwarna hijau (warna asal) dan kini berwarna merah hati menyerikan lagi masjid ini. Masjid ini mempunyai satu kubah dan 2 menara yang menempatkan pembesar suara dan berlampu pada waktu malam. Pada tahun 2011, sebuah dewan tazkirah telah dibina betul-betul di bahagian belakang serta bersambung dengan masjid. Dewan ini telah dibina dengan kos berjumlah RM250,000 hasil sumbangan dari ahli parlimen Tambun iaitu Dato' Seri Hj Husni Hanazlah. Dewan ini mempunyai 2 ruang yang boleh dijadikan kelas serta mempunyai satu bilik mesyuarat. Dewan ini juga oleh digunakan sebagai ruang solat muslimat terutama pada masa solat hari raya. Pembangunan perumahan di sekitar masjid meyebabkan ruang solat tidak dapat menampung jemaah terutama pada solat jumaat dan solat hari raya. justeru pada tahun 2016 dengan sumbangan dari jemaah serta ahli kariah, 1 ruang solat tambahan telah dibina di bahagian sayap kanan masjid yang boleh menampung kira-kira 600 orang jamaah. Kos pembinaan ruang in adalah RM84,000. Diruang ini juga terdapat pejabat masjid.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan -ruang bilik kuliah -rumah musaffir -pondok rehat -kawasan riadah

PETA

57117

Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan