MASJID AL-HIDAYAH

RPT PENGKALAN PEGOH SEBERANG, 31500 LAHAT, IPOH, PERAK
PERAK
0801287
0125196720
12/06/2003

SEJARAH

Masjid ini terletak lebih kurang 10KM daripada Bandaraya Ipoh dan lebih kurang 1.5 KM daripada Bandar Station 18. Masjid dikelilingi oleh taman perumahan kos sederhana tinggi, kos rendah dan perumahan perancangan perkampungan tersusun. Keseluruhan jumlah penduduk yang beragama islam adalah lebih kurang 2000 orang. Terdapat 4 buah surau di kawasan masjid ini iaitu Surau Kampung Pinji, Surau Taman Desa Pakatan, Surau Taman Pinji Mewah dan Surau Rumah Keluarga TUDM. Gerak kerja bagi pembinaan masjid ini telah pun dimulakan sejak tahun 2003 dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan tindakan memajukan segala urusan mendapatkan kelulusan tanah, peruntukan kewangan dan kelulusan daripad Majlis Agama Islam Perak. Setelah usaha tersebut dijalan pada 02 April 2009, peruntukan sebanyak RM2,000,000 telah diperolehi daripada pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri. Pejabat Pembangunan Negeri dan pihak JKR kemudiannya telah meluluskan kerja pembinaan ini kepada syarikat SP Buliders Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM2,575,434. Pihak kontraktor telah gagal menyiapkan projek ini pada tarikh 16 Ogos 2011 kemudiannya lanjutan masa telah diberikan oleh pihak JKR untuk menyiapkannya pada 28 Oktober 2011 dan tarikh sebenar siap masjid ini adalah pada 18 November 2011. Penyerahan bangunan oleh pihak JKR telah dilakukan pada 28 Mei 2012. Masjid telah mula digunakan untuk solat berjemaah pada 19 Mei 2012. Manakala pada 1 Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433H, Majlis Pengisytiharan mendirikan solat jumaat di masjid ini telah disempurnakan oleh Dr Hj Ahmad Husni B Hj Hassan dari Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Bermula pada tarikh ini masji dtelah digunakan secara optimum oleh seluruh ahli kariah. Sehingga kini, dengan kelulusan ahli jawatankuasa masjid, beberapa penambahbaikan prasarana masjid telah dilakukan iaitu :- a) mendirikan sebuah menara dengan kos RM150,000.00 b) mendirikan sebuah balai lintang dengan kos RM300,000.00 c) pembinaan tempat letak kereta dengan kos RM75,000.00

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA





58368


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan