MASJID AL-ANSOR

JALAN SG PARI, BUNTONG, 30100 IPOH, PERAK
PERAK
0801285
0195550782
25/11/2011

SEJARAH

Pembinaan masjid ini telah didirikan diatas tanah rizab seluas 4.624 ekar peruntukan dari kerajaan persekutuan dengan nilai kontark sebanyak RM2,322,166.69. Mesyuarat pertama pra-pembinaan telah diadakan pada tarikh 24 Nov 2011 iaitu hari khamis jam 10 pagi bertempat di bilik mesyuarat JKR kinta, Jalan Cahrleton, Ipoh, Perak. Ianya dihadiri oleh pegawai Jabatan Kerja Raya, Pengarah Urusan, Tenaga Kini Sdn Bhd (kontraktor pembinaan) dan ahli jawatankuasa pembangunan masjid. Projek pembinaan telah bermula pada 25 November 2011 dan tempoh siap 54 minggu. Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa kariah masjid telah diadakan pada 31 Mac 2013 iaitu pada hari ahad, jam 10 pagi bertempat di dewan solat masjid. Pada tanggal 12 april 2013 iaitu pada hari jumaat sebelum solat jumaat telah diadakan penyerahan tauliah dari jabatan mufti untuk mendirikan solat waktu.

BINAAN

-keperluan-keperluan pembinaan tertakluk di dalam syarat-syarat kontrak jkr 203. -kerja asas bangunan dan sub struktur bangunan -cerucuk konkrit spun piles 300mm diameter -tetopi cerucuk, pangkal tiang dan rasuk tanah -struktur bangunan dengan kubah utama keluasa 8400mm diameter, dewan solat dengan kemasan karpet, ruang legar dengan kemasan jubin, mimbar, mihrab, tandas lelaki/wanita, tempat wuduk lelaki/wanita, tempat kafan jenazah & tempat mandi jenazah. -kerja disekitar bangunan -jalan dan dataran kejat -pagar & pintu pagar -pemasangan saliran kotoran termasuk paip-paip najis jenis'upvc 100mm diameter. -300mm diameter longkang-longkang saliran air -1 bilangan pili bomba berukuran 100mm g.p

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya

PETA





58137


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan