MASJID AL-ANSAR

HALAMAN MERU IMPIAN, BANDAR MERU RAYA, 30200 TAMAN MERU, PERAK
PERAK
0801283
0125758484
04/04/2013

SEJARAH

Masjid al-Ansar Halaman Meru Impian, Bandar Meru Raya, Ipoh merupakan masjid pertama yang dibina di kariah ini diatas tanah yang dirizabkan untuk tapak surau dan diluluskan oleh pihak MAIPk untk membina masjid melalui Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke 180 pada 07 Ogos 2012. Sebelum ini penduduk disini hanya menyewa sebuah rumah sebagai surau tempat mendirikan solat berjemaah dan mengadakan segala aktiviti keagamaan. Pada Oktober 2012, unit penyelarasan pelaksanaan , icu JPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2,800,000 bagi merealisasikan permohonan penduduk Halaman Meru Impian untuk membina sebuah masjid di kawasan ini. Projek ini dilaksanakan sendiri oleh unit teknikal Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak dengan pelantikan pasukan perunding yang terdiri dari salwa my architect Cutyscape Global Engineering & Consultant dan diketauai oleh Pegawai Kemajuan Negeri Perak sebagai penguasa projek ini Kontraktor yang berjaya melaksanakan pembinaan projek ini adalah Mercu Reka sdn bhd dan projek telah memulakan pembinaan pada 4 April 2013 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 09 Jun 2014 serta diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk diguna pakai. Dengan terbinanya masjid ini berkapasiti 1000 jemaah, penduduk dapat menunaikan solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan dengan keadaan selesa. Masjid ini juga dilengkapi dengan audio visual sistem - lcd projector,motorized projector screen bagi keselesaan jemaah ketika mendengar khutbah atau menjalankan aktiviti kuliah keagamaan.

BINAAN

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan -ruang bilik kuliah -gazibo -kawasan riadah

PETA





58711


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan