MASJID DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG

11200 JALAN TANJONG BUNGA PULAU PINANG
PULAU PINANG
0704040
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Tanjung Bunga ini merupakan antara masjid terapung yang terdapat di negara ini. Ia didirikan di atas tapak yang menganjur ke permukaan laut yang sebahagiannya telah ditambak. Kerja-kerja pembinaan masjid ini telah dimulakan pada 5 Syaaban 1424 Hijri bersamaan 1 Oktober 2003 Masihi dan diseliakan oleh Jabatan Kerja Raya.Konsep yang diutarakan pada masjid ini adalah konsep moden dan ilham keseluruhannya datang daripada pembinaan Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu.

BINAAN

Kubah berbentuk separa bulat pada masjid ini menarik perhatian kerana saiznya yang mendominasi keseluruhan bumbung masjid yang berbentuk geometri. Ia seakan berbentuk sebutir bintang jika dilihat dari pandangan atas. Kedudukan menaranya bercantum dengan bangunan masjid. Di samping itu, masjid ini dilengkapi dengan tempat untuk berehat sambil melihat pemandangan laut. Lapangan letak keretanya juga luas dan boleh memuatkan kira-kira 250 buah kereta. Masjid ini menyediakan bahagian solat lelaki dan wanita serta boleh menampung kehadiran jemaah seramai kira-kira 1,500 orang pada satu masa.

KEMUDAHAN

PETA