Masjid yang terletak di daerah Raub ini adalah antara masjid yang menarik di negeri Pahang yang dibina pada zaman ini. Ia berkonsepkan reka bentuk Timur Tengah dan diterapkan seni bina tempatan. Masjid ini mempunyai anjung dan terdapat gerbang berulang di sekeliling masjid. Sekali imbas ia dilihat hampir menyerupai Masjid Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
BINAAN
Lorekan pada kubahnya agak menarik dan bersifat sederhana dengan tetunjuk langit berhias bintang dan bulan sabit di bahagian atas kubah. Masjid ini menampilkan reka bentuk dalaman yang unik dengan susunan tiang-tiang yang rapi seakan-akan berbentuk gelungan yang membawa maksud semangat kesatuan umat yang ditekankan dalam Islam.