MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1

KUALA KUANTAN1, 25000 KUANTAN.
PAHANG
0604058
09-5165818
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Negeri Sultan Ahmad I terletak di Bandar Kuantan. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890. Masjid Terbesar di Pahang Masjid Sultan Ahmad Shah I ini merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal.Masjid ini mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang.

BINAAN

Konsep Reka Bentuk Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Othmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini. Reka Bentuk Dalaman dan Hiasan Masjid Hiasan dalaman dan luaran masjid ini berdasarkan corak geometri. Jalinan-jalinan geometri telah digarap dengan begitu teliti hingga menjadikan ia sebuah masjid yang indah dan menarik. Cahaya biru dan putih daripada marmar yang bercorak, memberikan sinar yang mampu menggamit siapa sahaja agar berkunjung lagi ke masjid ini. Sinar biru dan kuning pada cermin kaca yang dipilih untuk tetingkap menambahkan lagi keindahannya. Asma’ al-Husna berbentuk khat memenuhi dinding masjid dan ayat-ayat al-Quran menjadi sebahagian hiasan dalam bangunan ini Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Tambahan pula adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut bercampur dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah.Pembinaannya ialah hasil idea Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

KEMUDAHAN

PETA