MASJID DATO' KLANA PETRA UNDANG LUAK SUNGEI UJONG

BANDAR PUTRA NILAI
N. SEMBILAN
0505055
01/01/1970

SEJARAH

Masjid Putra Nilai telah dibina pada tahun 2003M. Pengasasnya adalah penduduk setempat dan Kerajaan Negeri. Tapak Masjid ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri. Pada asalnya nama masjid ini adalah Masjid Bandar Baru Nilai tetapi kemudiannya telah ditukar nama menjadi Masjid Putra Nilai pada tahun 2007m. Bilangan jemaah pada masa kini adalah seramai 5000 orang. Masjid ini mengurus sebelas buah surau di bawah seliaannya.

BINAAN

Masjid ini dibina berkonsepkan reka bentuk Timur Tengah dengan menampilkan kemasan marmar dan penggunaan cermin kaca berwarna sebagai hiasan. Kubah dan menara menjadi teraju simbol kewujudan masjid ini di bandar Nilai. Warna kubah dan puncak menaranya kuning keemasan dan kelihatan indah apabila terkena sinaran matahari.

KEMUDAHAN

Selain digunakan untuk beribadah, masjid ini kerap digunakan untuk pelbagai aktiviti persatuan seperti kelas fardu ain dan fardu kifayah oleh para pelajar institusi-institusi pengajian yang terdapat berhampirannya. Terdapat juga kelas mengaji al-Quran untuk kanak-kanak yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid.

PETA