Masjid ini diasaskan olah Allahyarham Haji Talib berserta penduduk setempat. Tapak masjid ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri.
Bangunan asal masjid ini dibina dengan hanya menggunakan kayu. Oleh kerana keperluan para jemaah yang semakin meningkat, bangunan baru dibina dengan kos perbelanjaannya ditanggung oleh kerajaan dan hasil derma orang ramai.
Bangunan baru masjid ini telah dinaiktaraf pada tahun 1975M. Ia dibina berasaskan batu sepenuhnya. Bagi menampung kapasiti jemaah masjid yang pada asalnya seramai 200 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 1000 orang pada satu-satu masa.
BINAAN
Masjid ini telah dibina berkonsepkan seni bina tempatan bergaya moden. Kubah utama masjid ini telah menjelaskan lagi reka bentuknya tersebut.
Masjid ini juga menggunkan latar belakang berwarna biru yang melambang satu kedamaian yang dicari oleh para jemaah yang menginginkan ketenangan dalam melaksakan ibadah.
Selain daripada kubah, tedapat juga beberapa unsur moden lain seperti anjung dan serambi yang dapat dilihat disekitar masjid. Masjid ini juga telah mengalami beberapa kali proses pengubahsuaian struktur masjid bermula dari tahun 1975M sehinggalah tahun 2009M.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
3. Tempat wudhuk
4. Tandas
5. Bilik mesyuarat
6. Bilik ICT/Komputer
7. Ruang pengurusan jenazah
8. Ruang makan jemaah
9. Dewan seminar
10.Parking kereta dan motosikal