Terletak di sebidang tanah yang diwakafkan oleh Che Tisah Binti Chelik isteri YTM Dato Undang Kamat.asal masjid ini di bina dengan kayu secara gotong royong oleh penduduk dan mendapat bantuan kerajaan tahun 1967. masjid ini telah dibaiki dan dibesarkan sebanyak dua kali pada tahun 1990 dan 1995 kerana pertambahan ahli jamaah.
BINAAN
Masjid Jamek Pekan Johol telah dibina pada tahun 1967M. Pengasasnya adalah Dato' Penghulu Kasim bin Pekat. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Dato' Undang Kamat. Masjid asal merupakan sebuah bangunan kayu yang kemudian diganti dengan masjid yang ada sekarang. Semasa dibina, ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 200 orang.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1990M, 1995M dan 2005M.