MASJID SULTAN MUHAMMAD I

DAERAH JELI, 17600 JELI, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310019
30/11/-0001

SEJARAH

Bagi yang bermusafir melalui jalan raya timur barat dari Jeli ke Grik, anda boleh singgah menunaikan solat atau berjumaat di masjid bandar Jeli. Dengan ruang parking kereta yang luas dan ruang solat mencukupi menampung jumlah jemaah yang ramai, ini sedikit sebanyak memberi kelesaan kepada pengunjung dari jauh. Kemudahan bilik air dan tandas turut disediakan oleh pihak masjid bagi yang ingin mandi untuk menyejukkan badan dalam perjalanan yang jauh.

BINAAN

Senibina masjid ini adalah berkonsepkan gabongan ala timor tengah dan melayu Kelantan. Ianya mempunyai satu kubah besar berwarna kuning dan biru berukiran ala timor tengah yang tersergam indah ditengah-tengah bangunan masjid. Pada keseluruhan masjid ini adalah dibina daripada batu bata dan beratapkan zink. Dibahagian dalam masjid terhampar indah permaidani biru yang sejuk mata memandang pada ruangan solat utamanya. Terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini. Mihrab masjid ini berukiran tradisional Kelantan yang diperbuat daripada kayu.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran dan bilik mesyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Disamping itu, terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan. Pihak masjid juga menyediakan rumah kepada imam, bilal dan siak bagi memudahkan mereka menguruskan masjid. Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung khas untuk AJK masjid sahaja dan tempat parking yang boleh memuatkan 20 kenderaan pada satu masa untuk para jemaahnya. Terdapat juga pengawal keselamatan di masjid ini bagi mempastikan keselamatan para jemaah terjamin.

PETA