MASJID MUKIM LUBUK BONGOR

DAERAH KUALA BALAH, 17610 JELI , KELANTAN.
KELANTAN
0310015
26/01/1981

SEJARAH

Sejarah masjid ini bermula apabila kampung lubuk bonggor telah banjir dan pada masa yang sama lokasi masjid asal yang berada di tebing masjid telah berubah kedudukan menjadi semakin hampir dengan sungai disebabkan banjir tersebut.Disebabkan banjir tersebut,penduduk kampung merasa bimbang masjid asal kampung ini akan turut terhakis.Walau bagaimanapun masalah ini telah diketahui oleh pihak atasan jabatan kuala krai.Disebabkan itu,maka kerajaan negeri telah membeli sebidang tanah yang seluas 0.25 ekar untuk dijadikan tapak masjid yang baru.Pada masa yang sama juga penduduk kanpung telah memohon peruntukan untuk membina masjid tersebut melalui Tun Razali Hamzah iaitu ahli parlimen kawasan itu pada masa itu.Pada tahun 1980 Tun Razali Hamzah telah meluluskan peruntukan sebanyak 210 ribu ringgit untuk membina sebuah masjid yang baru.Pada tarikh 26.1.1981 proses pembinaan masjid mula dibina dan proses pembinaan tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun 1983.Pada tahun tersebut juga solat jumaat yang pertama bagi masjid itu telah dilakukan kerana penduduk kampung merasa bimbang banjir akan melanda lagi di kampung mereka.Upacara perasmian masjid ini telah dirasmikan oleh Tengku Razali Hamzah sendiri pada 30 julai 1986.Masjid ini juga telah mengalami proses pengubahsuaian pada 15.10.1988 untuk memperbesarkan lagi kawasan majid dan pada masa yang sama juga dua kemudahan telah disiapkan semasa proses pengubahsuaian masjid ini iaitu tandas dan tempat wuduk.Tambahan itu juga,masjid ini juga telah mendapat wang peruntukan sebanyak RM37500 untuk menaiktarafkan pagar besi masjid ini kepada pagar batu.Proses tersebut telah disiapkan sepenuhnya pada 23.10.1994.Pada masa ini masjid ini telah menjadi salah satu masjid mukim di daerah jeli.

BINAAN

Struktur binaan masjid ini terdapat satu menara dan satu kubah.Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada reka bentuk asasnya.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk ajk masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 10 kenderaan pada satu masa Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid.Terdapat juga wakaf yang digunakan untuk berehat yang merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini.

PETA





34685


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan