MASJID MUKIM LEGEH

DAERAH JELI, 17600 JELI, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310014
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Senibina masjid ini terdapat dua menara berkubah dan satu kubah besar dibumbung bangunan masjid.Pada dinding masjid ini dibina lubang sisip angin bagi melancarkan ruang pengudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang utama yang dihiasi dengan permaidani yang berwarna biru.Mimbar masjid ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai ukiran bunga-bungaan yang menarik.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





34684


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan