MASJID MUKIM GANIR @ BUKIT JERING

DAERAH KUALA BALAH, 17600 JELI, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310007
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada sekitar tahun 80an.Pada masa yang sama masjid ini telah dirasmikan oleh Tengku Razali bin Tengku Hamzah pada tarikh 10 muharram 1408 bersamaan pada 4.9.1987.

BINAAN

Reka bentuk masjid ini ialah terdapat satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan pada satu masa.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga turut disediakn di masjid ini.

PETA





57745


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan