MASJID TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, JAJAHAN K.KRAI

DAERAH KUALA KRAI, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
KELANTAN
0309021
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Binaan masjid ini terdapat satu menara berkubah yang berbentuk empat segi dan dua kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang bertiang di bahagian dalam masjid ini.Pada masa yang sama juga,mimbar masjid ini diperbuat daripada batu marmar dan simen.Di dinding masjid ini terukir indah ukiran ayat-ayat suci al-Quran.Masjid ini mempunyai dua aras ruang solat yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mnsyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal. Disamping itu,terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan. Rumah bilal dan siak juga disediakan bagi salah satu kemudahan kepada mereka.. Terdapat juga rumah imam muda dan tua.Van jenazah turut disediakan tatkala ada kematian.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa .

PETA