Masjid tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang telah dibina pada 19 oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 mac 1991. Kementerian Luar Bandar melalui agensinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (kesedar) telah memperuntukan sejumlah Rm 2,793 703.11 bagi membina dan menyiapkan bangunan ini. Pada 4 april 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid (jumaat
) bagi Mukim Bandar Baru, Gua Musang dan Sebagai Masjid Bandar(Masjid Kepala Jajahan)
BINAAN
Binaan masjid berbentuk segiempat, mempunyai kubah dan menara. Warna masjid secara keseluruhan menggunakan kombinasi warna putih dan biru. Dinding masjid banyak menggunakan tingkap kaca yang membolehkan angin ataupun cahaya dari luar dapat masuk dalam ruang solat.Keindahan seni bina masjid ini meliputi pelbagai aspek. Ia mempunyai seni reka bentuk daripada pengaruh Timur Tengah, menampilkan kubah dan bentuk bumbung rata. Sebuah menara yang berada di sisi bangunannya menjadi mercu tanda.
KEMUDAHAN
Terdapat ruang solat yang luas untuk jemaah muslimin dan muslimat. Ruang kuliah umum dan dewan kuliah yang tertutup. Tempat untuk berwuduk yang luas dan parkir yang berbumbung dan terbuka .Masjid juga menyediakan wakaf untuk para musafir berehat dan menjamu selera.