MASJID AL-ISMAILI BANDAR BARU PASIR PEKAN

MASJID AL-ISMAILI, LOT PT 3190, BANDAR BARU PASIR PEKAN, DAERAH WAKAF BHARU, 16250 TUMPAT, KELANTAN
KELANTAN
0307033
22/12/2011

SEJARAH

Masjid Al-Ismaili terletak di atas Lot PT 3190, Bandar Baru Pasir Pekan, Daerah Wakaf Bharu. Pada 26 Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011 telah berlangsung satu Majlis Solat Hajat dan Upacara Peletakan Batu Asas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan majlis ini. Turut sama berangkat ke majlis tersebut adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta penduduk sekitar kawasan Bandar Baru Pasir Pekan. Majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh YBrs Imam Besar MAIK dan diikuti oleh Solat Sunat Hajat yang dipimpin oleh YB. Sohibul Fadilah Dato’ Timbalan Mufti Negeri Kelantan. Satu tayangan khas persembahan multimedia mengenai pembinaan masjid tersebut telah dipersembahkan dan diikuti dengan pengurniaan buku pelan prospektif pembinaan Masjid Al- Ismaili oleh KDYMM Sultan Muhammad V kepada YBrs Pengarah JKR Negeri Kelantan sebagai agensi pemantau projek pembinaan masjid berkenaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V selanjutnya mengampuni perkenan untuk menyempurnakan Peletakan Batu Asas Pembinaan Masjid Al-Ismaili dengan disaksikan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Pembesar-Pembesar Negeri. Masjid Al-Ismaili merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan ianya merupakan hadiah abadi daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V kepada Ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Masjid yang didirikan ini berteraskan Tema 5 iaitu Islam terbina di atas Rukun Islam yang lima, demi menjaga lima Maqosid As-Syariyyah, yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera manusia untuk menakhodai diri di dunia menuju akhirat. Masjid ini juga dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam. Masjid Al-Ismaili ini akan dilengkapi dengan ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan jemaah seramai 1500 orang jemaah pada satu-satu masa.

BINAAN

Masjid ini juga dibina dengan reka bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang melambangkan rukun iman yang enam. Masjid Al-Ismaili ini akan dilengkapi dengan ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan jemaah seramai 1500 orang jemaah pada satu-satu masa.

KEMUDAHAN

1. Dewan Solat - Dilengkapi dengan ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan jemaah seramai 1500 orang jemaah pada satu-satu masa 2. Perpustakaan Kecil - Masjid ini juga akan dilengkapi dengan perpustakaan kecil untuk kemudahan kakitangan dan ahli jemaah masjid membuat rujukan Sudut Kanak-Kanak. Dicadangkan juga supaya mewujudkan satu ruang khusus untuk kanak-kanak bermain. 3. Bilik VIP - Sebuah Bilik VIP turut disediakan dengan kemudahan lengkap 4. Rumah Imam - Kemudahan untuk kakitangan masjid khususnya untuk imam, bilal dan siak. 5.Bilik Mesyuarat - Juga disediakan sebuah bilik mesyuarat untuk kegunaan ahli jawatankuasa masjid melakukan perbincangan dan syura Ruang Klinik Wakaf 6. Kemudahan Klinik Wakaf akan turut disediakan untuk kegunaan pesakit tanpa mengira agama dan keturunan 7. Tenaga Solar - Konsep mesra tenaga juga digabungkan dalam reka senibina bangunan masjid al-Ismaili apabila satu-satunya masjid yang dilengkapi dengan punca tenaga solar 8. Dewan Serbaguna - Sebuah dewan serbaguna seluas 2112 kaki persegi dengan kapasiti 130 orang peserta Ruang Pejabat Masjid 9. Turut disediakan ialah Ruang Pejabat Masjid untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran harian masjid. 10. Bilik D’Raja - Sebuah bilik D’Raja akan disediakan disebelah hadapan masjid 11. Halaman Masjid - Halaman masjid akan dihiasi dengan landskap yang bertema 5 dan mesra kebersihan bagi setiap pengunjung untuk menabur bakti dimasjid

PETA





34781


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan