MASJID MUKIM PUTERA

DAERAH WAKAF BHARU, 16250 TUMPAT, KELANTAN.
KELANTAN
0307032
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu kubah dan menara masjid ini masih lagi dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap pada hujung bulan 2 tahun 2012. .Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang disaluti dengan batu marmar yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. Struktur masjid ini diperbuat daripaada simen pada keseluruhannya.Selain itu,dinding masjid ini diperbuat daripada batu marmar.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa. Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. . Van jenazah juga turut disediakan di masjid ini bagi kemudahan orang ramai.

PETA





34770


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan