MASJID MUKIM KAMPUNG LAUT

DAERAH SG.PINANG, 16040 TUMPAT, KELANTAN.
KELANTAN
0307028
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kampung Laut adalah masjid bersejarah yang mempunyai struktur binaan yang unik. Masjid yang terletak di Nilam Puri, Kelantan ini telah dibina kira-kira 250 tahun dahulu oleh ulama-ulama dari Tanah Jawa. Masjid ini asalnya dibina di Kampung Laut, Tumpat berhampiran dengan tebing sungai Kelantan. Ia dibina dengan empat tiang yang menopang bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Bukaan ruang masjid hanya berkeluasan 400 kaki persegi. Oleh kerana kerap kali dilanda banjir, masjid ini telah beberapa kali dipindahkan dan dibaik pulih tanpa mengubah bentuk asalnya. Sebahagian bangunan masjid ini pernah terbakar. Pada tahun 1968 Masihi, masjid ini telah dibuka dan dipasang semula di Jalan Kuala Krai, Nilam Puri. Pada tahun 1988 Masihi, masjid ini sekali lagi dibaik pulih dan dibesarkan 13 belas kali keluasan bangunan asalnya. Ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti bekalan elektrik, air paip, tandas dan lain-lain.

BINAAN

Keseluruhan bahan binaan masjid ini terdiri daripada kayu jenis cengal yang keras dan padu serta mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Seni bina dan kehalusan ukiran yang terdapat pada binaan Masjid Kampung Laut menunjukkan kemahiran dan kebijaksanaan tukang Melayu yang menggabungkan seni tradisional dengan kesenian Islam yang unggul. Masjid ini juga terkenal kerana ia telah melahirkan ramai ulama yang berjaya menyebarkan syiar Islam di sekitar Nusantara.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA