MASJID JAMEK ISMAILI JAJAHAN TUMPAT

MASJID JAMEK ISMAILI JAJAHAN TUMPAT
KELANTAN
0307002
097254317
09-7254317
01/01/1970

SEJARAH

Masjid yang dibina seawal tahun 1900 masehi masih megah berdiri setelah mengalami beberapa kali perubahan. Masjid yang dibina atas niat yang suci dan ikhlas oleh penduduk setempat tetap bersemarak walau pun lebih seabad usianya. Masjid yang dibina bagi memudahkan orang Islam menjalani segala aktiviti mereka, kerana sewaktu itu belum lagi wujud dewan orang ramai atau kemudahan-kemudahan lain. Pelbagai cerita tentang sejarah penubuhannya. Namun rata-rata tidak dapat memberi satu tarikh yang tepat bilakah masjid ini dibina. Walau bagaimana pun dari beberapa sumber yang boleh dipercayai keesahannya masjid ini dibina lebih awal dari Masjid Kampung Laut.Nama asal masjid ini ialah Masjid Tumpat. Setelah beberapa dekad pembinaannya ia mengalami beberapa perubahan. Perubahan-perubahan yang berlaku dengan mengambil kira struktur, pembesaran tapak, dan paling utama adalah untuk menampung populasi penduduk. Masjid ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan dan diberi nama sempena nama baginda Sultan Ismail.Tapak asal yang berpaya dan mengalami pasang surut air laut mempengaruhi asas binaannya. Bentuk asal bertiang tinggi, mempunyai 5 anak tangga. Tangga asal di sebelah hulu dan hilir masjid selain di belakang. Bangunan masjid ini dapat memuatkan 100 orang jemaah. Peluasan tapak dan ruang ibadat telah melalui beberapa peringkat. Perubahan pertama pada tahun 1923, merangkumi merendahkan tiangnya dan bilang anak tangga daripada 5 kepada 3 bilah anak tangga. Kemajuan ini dibuat setelah tapaknya ditimbus dengan menggunakan sampah dan pasir bagi menutupi paya dan alur sungai yang merentangi dari Kampung Tanjung Che Mas ke Padang Keretapi Tumpat. Kesan peninggalan ini masih dapat dilihat berhampiran rumah tangki keretapi Tumpat. Kemudian dalam sekitar tahun 1968. Perubahan daripada kayu kepada bangunan batu. Bahan binaan asal (kayu)selain digunakan sebagai bahan sokong pembinaan, ia diguna juga bagi mendirikan sebuah sekolah PASTI dalam kawasan masjid. Seawal tahun 1970 masjid baru dapat diguna sepenuhnya.Perubahan terakhir masjid ini ialah dalam tahun 1980 an seolah-olah mencantumkan dua buah masjid seperti yang ada sekarang. Masjid Ismaili Bandar Tumpat setelah melalui beberapa renuvasi dapat menampung 1500 jemaah. Kampung-kampung yang berada di bawah Permukiman Masjid Ismaili adalah; Bandar Tumpat, Tanjung Kuala, Kampung Kelong, Kampung Besut, Kampung Pak Jah, Kampung Kepala Batas, dan Kampung Dalam Rhu. Tanah Perkuburan ialah Kubur Dato' Dalam Rhu

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Cermin atas masjid ini juga diperbuat daripada kaca yang membolehkan cahaya masuk ke dalam ruang solat masjid ini.

KEMUDAHAN

(1) Bilik Kuliah

(2) Pejabat pentadbiran

(3) Bilik VIP

(4) Bilik ICT

(5) Kemudahan WIFI

(6) Kaunter pungutan zakat

(7) Pondok /wakaf rehat

(8) Tandas /Bilik air awam

(9) Kerusi solat oku

PETA





71547


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan