MASJID BANDAR TANAH MERAH (MASJID ISMAIL PETRA)

BANDAR TANAH MERAH, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0306040
09-9557558
09-9557537
30/11/-0001

SEJARAH

Upacara meletak batu asas yang telah disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al haj Perdana Menteri yang digelar bapak kemerdekaan,pada 7 safar tahun hijrah 1389 bersamaan dengan 24-4-1969. Masjid ini terletak di pusat bandar Tanah Merah. Ia dibina pada pada tahun 1970 dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai oleh Tengku Ismail petra Ibnu Al sultan Yahya Putra pada 17 Mei 1970.Ia telah menjalani pngubahsuaian termasuk dua dewan solat berasingan dan dua mimbar. Kedua-dua mimbar ini diperbuat daripada batu ukiran dan bentuk yang berbeza. Setiap dewan solat boleh menampung sehingga 2000 ahli jemaah. Perkarangan masjid ini dihiasi dengan lanskap yang menyenangkan.

BINAAN

Masjid ini terdapat empat menara kecil,satu menara besar dan tiga kubah. Terdapat juga ruang solat utama yang bertiang dimana terdapat rak almari di setiap tiang untuk menyimpan al-Quran dan buku atau kitab-kitab agama sebagai bahan bacaan para jemaah.masjid ini berbentuk segi empat. Di dinding masjid terdapat tulisan seni khat yang tersergam indah sebagai salah satu keunikan masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat istirehat imam dan bilal. Disamping itu,terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan. Rumah bilal dan siak juga disediakan bagi salah satu kemudahan kepda mereka. Bagi aktiviti riadah terdapat gelanggang bola tampar untuk kemudahan orang ramai. Terdapat juga rumah imam muda dan tua. Van jenazah turut disediakan tatkala ada kematian.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk ajk masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa .

PETA