MASJID MUKIM GONG NANGKA

DAERAH BUKIT AWANG, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.
KELANTAN
0305049
30/11/-0001

SEJARAH

Tanah masjid ini telah diwakafkan oleh orang perseorangan.Dana bagi proses pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh Tengku Razeligh pada tahun 1982 sebanyak RM100,000.Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu.Masjid ini telah diasaskan oleh Che Ismail b. Che Mat Zin.

BINAAN

Binaan masjid ini terdapat satu menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





57605


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan