MASJID JAMEK IBRAHIMI PASIR PUTEH

DAERAH LIMBONGAN,16800 PASIR PUTEH,KELANTAN.
KELANTAN
0305040
09-7862796
09-7862796
01/01/1970

SEJARAH

Masjid ini antara masjid lama yang masih terdapat di Pasir Putih, Kelantan. Bangunan tambahannya telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak pada 8 Rejab 1395 Hijri bersamaan 17 Julai 1975 Masihi. Masjid ini mendapat pengiktirafan sebagai masjid terbaik kategori Masjid Bandar sempena sambutan Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan, tahun 1427 Hijri bersamaan 2006 Masihi.

BINAAN

Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Moghul. Menaranya bersambung dengan bangunan masjid dan dilengkapi tangga di bahagian mihrab.Selain itu,Binaan masjid ini mempunyai satu menara berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah.Terdapat juga ayat-ayat suci al-Quran di dinding ruang solat masjid ini.

KEMUDAHAN

(1) Pejabat pentadbiran

(2) Bilik VIP

(3) Bilik ICT

(4) Asrama / Bilik Musafir

(5) Kemudahan WIFI

(6) Kaunter pungutan zakat

(7) Pondok /wakaf rehat

(8) Tandas /Bilik air awam

(9) Laluan ramp untuk kerusi roda (OKU)

(10) Tempat wudu’ oku

(11) Kerusi solat oku

PETA





71536


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan