MASJID MUKIM SERI GEDOMBAK

DAERAH LIMBONGAN, 16800 PASIR PUTEH KELANTAN
KELANTAN
0305032
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah surau yang telah diubahsuai menjadi masjid.Proses pembinaan masjid ini telah mendapat peruntukan daripada JPP sebanyak RM150,000.Pada tahun 2007,JAIK telah menyumbangkan sebanyak RM60,000.Tanah tapak masjid ini telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri.Masjid ini telah diasaskan oleh imam Nik Razali b. Hamzah.

BINAAN

Binaan masjid ini mempunyai satu menara berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah.Terdapat juga ayat-ayat suci al-Quran di dinding ruang solat masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai pelbagai kemudahan khususnya untuk orang ramai seperti tempat parking terbuka yang mampu memuatkan lebih 10 buah kenderaan pada satu masa.l.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga turut disediakan bagi kelesaan para jemaah.Selain itu,stor turut disertakan di masjid sebagai tempat penyimpanan barang-barang.

PETA





57668


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan