MASJID MUKIM AUR CHINA

DAERAH KUBANG GADONG, 17200 PASIR MAS, KELANTAN.
KELANTAN
0304084
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini merupakan surau pada tahun 40an dan merupakan sebuah pondok dimana gurunya ialah Abdullah bin haji Adam.Surau tersebut diubahsuai menjadi masjid pada tahun 2007.Pengasas masjid ini ialah haji Hasan,haji Yakub,haji Adam dan haji Abdullah dan mereka juga telah mewakafkan tanah seluas 0.25 ekar untuk dijadkan sebuah masjid.Kos pembinaan masjid ini telah menelan belanja sebanyak 300 ribu ringgit.Seorang hamba ALLAH telah menderma sebanyak 40 ribu rinngit untuk proses pembinaan masjid ini.Pembinaan masjid ini telah dijalankan secara berperingkat-peringkat dan disiapkan dalam masa setahun.Masjid ini juga dirasmikan oleh tuan guru dato’ Nik Aziz Nik Mat pada tahun 2008.

BINAAN

Masjid ini tidak mempunyai menara satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Bumbung masjid juga berbentuk piramid yang menambahkan lagi keunikannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





57992


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan