MASJID MUKIM JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA

DAERAH RANTAU PANJANG 17200 PASIR MAS
KELANTAN
0304077
30/11/-0001

SEJARAH

Agama Islam agama yang syumul. Agama yang fitrah untuk semua bangsa, Melayu, India, Cina dan apa sahaja bangsa, semuanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Kerana prinsip inilah, lahirnya idea bagi cadangan pembinaan sebuah masjid bersenibina cina oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, matan Menteri Besar Kelantan di dalam mesyuarat jawatankuasa perancang Bandar Negeri kali pertama 1997 pada 30 September 1997. Sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Besar Kelantan telah dibentuk, bagi mengenalpasti rekabentuk dan tapak yang sesuai bagi tujuan pembinaan masjid tersebut. Pada awalnya beberapa tapak telah dikenalpastikan di sekitar Bandar Kota Bharu dan Pasir Pekan. Setelah diteliti, didapati kesemua tapak-tapak tersebut tidak sesuai kerana keluasanya yang kurang mencukupi dan sebahagiannya merupakan tanah milik yang memerlukan pengambilan balik tanah dengan kos yang agak tinggi. Akhirnya, pada 14 November 2002 jawatankuasa telah mengenalpasti tapak baru seluas 3.7 ekar di tepi lebuhraya Pasir Mas / Rantau Panjang iaitu kira-kira 2 km dari Pekan Rantau Panjang. Cadangan tapak ini telah dikemukakan kepada jawatankuasa perancang Negeri dan telah mendapat persetujuan khususnya oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar. Jawatankuasa bersetuju supaya konsep masjid yang dicadangkan adalah bercirikan cina. Elemen-elemen ini dapat dilihat dengan ketaranya pada rekabentuk bangunan itu sendiri yang curam dan melenkung serta dengan motif-motif berupa ‘bracket cluster’ di bahagian bawah bumbung dan corak-corak pada pintu dan dinding. Selain daripada itu dari segi ‘tatatur bangunan’ senibinanya adalah berasaskan kepada ‘wall within a wall’ serta ‘open countyard’ atau Taman Terbuka kawasan bangunan. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Upacara perletakan batu asas masjid ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 8 Julai 2004 sempena Sambutan Perayaan Jubli Perak Al-Sultan Kelantan. Pertama ialah bangunan utama yang merupakan komponen yang terbesar dan mempunyai dua tingkat. Tingkat atas ialah ruang sembahyang utama yang dapat menempatkan seramai 1000 jemaah pada satu satu masa. Tingkat bawah mengandungi ruang sokongan iaitu dewan serbaguna yang dapat memuatkan seramai 200 orang, dewan makan, perpustakaan, klinik, dan pejabat masjid. Terdapat empat pintu masuk ke bangunan masjid bertujuan mengelakan kesesakan serta memudahkan orang ramai yang dating dari arah berlainan. Bahagian hadapan merupakan pintu masuk utama masjid melalui anjung utama. Di sebelah kanan anjung utama terdapat tempat wudhuk dan tandas lelaki dan wanita. Di antara bangunan utama dan anjung utama terdapat sebuah halaman terbuka (open court) yang mana ianya boleh juga digunakan sebagai tempat bersembahyang apabila keadaan memerlukan. Kawasan ini dianggarkan dapat memuatkan seramai 1000 orang. Tangga naik ke bangunan untuk direkabentuk dengan lebih lebar bagi membolehkan Jemaah bersembahyang di atas tangga dalam suasana yang sesak. Disebelah kiri dan kanan halaman terbuka disediakan petak-petak bazar di mana aktiviti-aktiviti berbentuk social dan ekonomi dapat dijaankan. Disebelah kanan halaman terbuka pula terdapat sebuah bangunan menempatkan seramai 30 orang murid dan di sebelah kiri halaman terbuka disediakan kelas Fardu ain yang boleh menempatkan seramai 60 orang murid. Anjung kiri masjid selain daripada merupakan pintu masuk kedua ke bangunan utama masjid, ia juga menempatkan sebuah bilik suis untuk bekalan elektrik bagi bangunan masjid. Di sini juga disediakan tempat wudhuk dan ruang untuk menyimpan kasut. Manakala anjung kanan masjid pula merupakan pintu masuk ke bangunan masjid dari sebelah kanan iaitu dari arah tempat letak kereta. Disini juga disediakan tempat wudhuk dan tempat menyimpan kasut bagi kemudahan orang yang masuk melalui pintu ini. Pintu masuk di bahagian belakang adalah melalui anjung belakang. Bangunan ini juga menempatkan sebuah bilik jenazah untuk pengurusan jenazah yang diserahkan kepada pihak masjid. Ia juga disediakan tempat wudhuk dan tempat menyimpan kasut. Ruang sembahyang utama iaitu direkabentuk dengan konsep geometri yang halus bermotifkan islam seperti yang terdapat di masjid-masjid Timur Tengah seperti Uzbakistan. Keunikan masjid juga terletak pada sebuah menara berbentuk kubah berwana perak serta serban disokong dengan lilitan murkanas pada bahagian bawah. Imam yang dilantik buat sementara ialah imam satu Muhsin bin Abdullah, imam dua abdul hamid, bilal yang bertugas Muhammad Fakhrulrazi bin Abdul Rahman dan Abdul Hafiz b. Zazali.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA