MASJID MUKIM (BAKUK)KG. RAHMAT

DAERAH RANTAU PANJANG, 17200 PASIR MAS KELANTAN
KELANTAN
0304060
30/11/-0001

SEJARAH

Sejarah masjid ini mengatakan bahawa masjid ini pernah dinaiki air ketika banjir besar melanda Kelantan.Oleh sebab itu masjid ini terpaksa melakukan proses membaik pulih bagi kerosakan yang disebabkan oleh banjir tersebut. Pada masa ini,masjid ini baru siap bagi proses pembinaan pagar masjid yang telah dubahsuai atau dalam kata lain telah dinaiktarafkan.Walau bagaimanapun pagar tersebut belum lagi siap sepenuhnya dan masih lagi dalam proses mengecat.Proses mengecat tersebut akan disiapkan dalam masa yang terdekat.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai dalam satu masa. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada struktur asasnya..Masjid ini 100% menggunakan simen sebagai bahan asas binaannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





59219


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan