MASJID MUKIM TENDONG

DAERAH KUBANG SEPAT, 17030 PASIR MAS, KELANTAN
KELANTAN
0304055
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina di bawah rancangan pembangunan negara dan luar bandar.Masjid ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun haji Abdul Razak bin Dato Hussein iaitu timbalan perdana menteri Malaysia pada masa itu pada tarikh 26.9.1968.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





57825


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan