MASJID MUKIM TEMENGGONG

DAERAH LEMAL,17050 PASIR MAS KELANTAN
KELANTAN
0304053
12/09/2002

SEJARAH

Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh tuan guru haji Abdullah.Kos bagi proses pembinaan masjid ini ialah daripada sumbangan orang ramai dan juga sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak 30 ribu ringgit.Kos pembinaan masjid ini ialah berjumlah sebanyak 400 ribu ringgit.

BINAAN

Masjid ini mempunyai dua menara dan satu kubah besar.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Selain itu,dinding dan mimbar masjid ini diperbuat daripada batu marmar.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





57826


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan