MASJID MUKIM BANGGOL KULIM

DAERAH RANTAU PANJANG, 17200 PASIR MAS, KELANTAN
KELANTAN
0304003
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina sekitar tahun 2000 dan pada masa yang sama terdapat juga pusat tahfiz al-quran dan pengajian agama islam yang mempunyai seramai 100 pelajar yang berada berhampiran dengan masjid ini.Pada masa yang sama masjid ini sentiasa didatangi oleh pelajar pusat kebajikan tersebut.

BINAAN

Rekaan masjid ini mempunyai dua menara bertingkat dan tiga kubah.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang berlantaikan batu marmar dan digunakan sebagai tempat menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.Pada masa yang sama tiang di ruang solat utama juga di saluti dengan batu marmar.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai dalam satu masa dan juga disaluti oleh batu marmar. Pada dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada struktur asasnya..

KEMUDAHAN

Kemudahan yang istimewa yang berada di masjid ini ialah tandas VVIP yang dibina hanya untuk kegunaan orang kenamaan.Kemudahan lain yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





59197


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan