MASJID MUKIM KERAWAT

DAERAH PULAI CHONDONG, 16600 MACHANG KELANTAN
KELANTAN
0303009
30/11/-0001

SEJARAH

Pada sejarahnya tanah tapak masjid ini yang seluas 0.5 ekar telah diwakafkan oleh Hamzah Ismail. Pada asalnya,masjid ini berada di lokasi yang berlainan iaitu di kampung tok kerawan.Tetapi selepas daripada itu,masjid ini telah dipindahkan ke lokasinya pada hari ini dan menjadi masjid mukim kerawan.Imam pertama masjid ini ialah merupakan pengasas masjid ini iaitu Wan Ismail.Pada hari ini masjid ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian bagi ruang solat utama yang akan menelan belanja sebanyak RM 10 ribu.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang tidak bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





57849


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan