MASJID MUKIM UDA MURNI

DAERAH PANJI, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN
KELANTAN
0302109
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini diasaskan pada tahun 1967. Tapak masjid dibeli oleh AJK daripada TG Wak dengan keluasan 200 depa persegi. Dengan pertambahan penduduk pada tahun 1997, AJK bersetuju untuk memperluaskan masjid. AJK bersetuju arkitek Tuan Hj Mohd Ghani untuk menguruskan pembinaan, namun diserahkan kepada Tetuan En Azmi Ludin di atas tapak Lot 1040 dengan keluasan 120x120x2 tingkat untuk pembinaan.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Masjid ini mempunyai 2 aras ruang solat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA





57826


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan