MASJID MUKIM BINJAI BARU

DAERAH BADANG 15350 KOTA BHARU KELANTAN
KELANTAN
0302106
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini diserah beri kepada pihak kerajaan.Masjid ini Mendapat dana persendirian iaitu mencecah sehingga 500 ribu ringgit.

BINAAN

Masjid ini tidak mempunyai satu menara tetapi mempunyai 2 kubah iaitu 1 kubah kecil dan 1 kubah besar.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah..Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Malah dinding masjid inidireka menyerupai bentuk kubah.Manakala lantai ruang solat utama menggunakan kayu.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.Di samping itu,terdapat pejabat dan bilik imam.

PETA





58621


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan