MASJID SULTAN ISMAIL PETRA

DAERAH KUBANG KERIAN, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN.
KELANTAN
0302084
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Sultan Ismail Petra terletak di Kubang Kerian. Perasmian pembukaan masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 8 Safar 1413 Hijri bersamaan 7 Ogos 1992 Masihi.

BINAAN

Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Timur Tengah. Ianya mempunyai empat menara berkubah dan dua kubah besar.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu simen dan marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Bentuk binaan masjid ini adalah segiempat besar.Struktur binaan masjid ini menggunakan simen secara keseluruhannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.yang berada di luar masjid.Terdapat juga wakaf tempat berehat diperkarangan masjid dan bilik mandi jenazah.Di samping itu terdapat bilik kelas matematik,inggeris dan komputer.

PETA