MASJID MUKIM KUBANG BADAK

DAERAH TAWANG, 16150 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301057
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina telah pada tahun 1994 dimana pada dahulu ia adalah sebuah surau. Masjid dibina diatas tanah yang telah dibeli dan diwakafkan untuk membina masjid. Masjid ini juga diasakan oleh Allahyarham Raja Soh Raja Bakar.

BINAAN

Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen dan dialas karpet. Selain itu, masjid ini memiliki satu menara dan 2 kubah. Di dinding masjid mempunyai sisip angin dan ukiran ayat-ayat Al-quran yang sangat kreatif

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan.

PETA





57825


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan