MASJID MUKIM BUDI

DAERAH TAWANG, BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301031
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid dibina pada tahun 2002 dan siap pada 2004. Masjid pernah dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 2009. Masjid dibina diatas tanah orang yang diwakafkan untuk membina masjid dan dikhaskan untuk membina masjid dan Pasti.. Pengasas masjid ini ialah Tuan Haji Raja Sulaiman dan Raja Saadon

BINAAN

Binaan masjid ini mempunyai mihrab dan dibina menggunakan batu sepenuhnya.Masjid berbentuk segi empat dan ruang dalam solat masjid mempunyai tiang yang menyokong struktur bangunan masjid dan mempunyai ukiran khat ayat al-Quran di dinding. Terdapat satu menara untuk meletakkan pembesar suara .Pada masa ini juga masjid dalam proses menaiktarafkan dengan memasangkan aircond dalam ruang solat untuk keselesaan para jemaah.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai bilik iama dan bilal untuk kemudahan anggota AJK masjid. Masjid juga mempunyai parking yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan.

PETA





58628


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan