MASJID MUKIM BATUL

DAERAH GUNUNG, BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301027
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid telah dibina pada tahun 70an. Masjid ini pada asalnya sebuah surau kecil yang dipindah menjadi masjid. Masjid ini dibina diatas tanah yang diwakafkan dan diasaskan Mat Seman bin Yusuf. Masjid ini menjalani penambahan bangunan baru pada tahun 2011.

BINAAN

Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai 3 kubah terdapat seni khat dan ayat-ayat Al-quran terukir di dinding masjid.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid juga mempunyai parkir yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan . Terdapat pejabat imam di masjid ini dan terdapat kolah di kawasan masjid ini.

PETA





57656


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan