MASJID MUKIM BAKUNG

DAERAH GUNUNG, 16090 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301018
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 1989 dimana pada asalnya ia adalah sebuah surau. Kemudian ia telah dinaik taraf menjadi masjid. Masjid ini yang dibina di atas tanah wakaf ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Tok Imam Che Mat di mana beliau juga adalah pengasas masjid ini.

BINAAN

Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakan atau kerapuhan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai 1 menara dan 2 kubah dan memiliki bumbung bersegi rata 2 lapis. Ruang solat masjid juga mempunyai tiang dan masjid dilengkapi sisip angin. Terdapt seni khat dan ayat-ayat Al-quran di dinding masjd.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan untuk kemudahan pengunjung masjid.Selain itu, masjid ini mempunyai keranda serta tempat mandi mayat supaya pengurusan jenazah dapat dilakukan. Masjid juga mempunyai parkir yang berbumbung untuk meletakkan kenderaan dan mempunyai kolah di bahagian belakang masjid.

PETA





57825


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan