MASJID MUKIM TOK JUNUH

DAERAH MAHLIGAI, 16450 BACHOK, KELANTAN.
KELANTAN
0301014
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah mula dibina pada tahun 1962 yang dimana pada asalnya ia sebuah surau yang kecil. Masjid telah dibina di atas tanah yang telah diwakafkan dan dinaiktaraf menjadi sebuah masjid. Kemudian masjid ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Hj. Mohd bin Abdullah

BINAAN

Binaan masjid terdiri daripada batu bata serta dinding masjid yang telah dicat bagi melindungi dinding masjid daripada kerosakkan. Masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai mihrab serta dilengkapi lantai yang diperbuat dari simen. Selain itu, masjid mempunyai satu menara dan empat kubah. Pada dinding masjid juga terukir ayat ayat Al-quran dan pada dinding masjid terdapat sisip angin. Dalam ruang dalam masjid juga terdapat tiang yang menyokong struktur bangunan masjid.

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan kemudahan tandas serta tempat berwuduk lelaki dan perempuan yang berasingan untuk kemudahan pengunjung masjid. Masjid ini juga mempunyai tempat parking motosikal yang berbumbung yang boleh memuatkan 12 buah kenderaan pada satu masa. Masjid juga dilengkapi lapan keranda dan mempunyai tempat untuk memandikan mayat.

PETA





58028


Piagam Pelanggan | Polisi | Dasar Keselamatan