MASJID AKAR PELURU (AL-GHUFRAN) [2]

PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID 05050 ALOR SETAR.
KEDAH
0203001
01/01/1970

SEJARAH

Selain daripada Masjid Al-Bukhari di Jalan Langgar, terdapat sebuah lagi masjid indah terletak di Jalan Pegawai yang telah dipelopori oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Masjid ini dibina mengikut konsep kebanyakan masjid di Afrika dan di Tanah Arab. Bentuk bumbung bersegi masjid ini dilengkapi dengan sebuah kubah utama di bahagian tengah dan didampingi oleh empat buah kubah kecil yang diletakkan di setiap empat penjuru bumbung. Jika dibuat perbandingan, kedua-dua masjid ini mempunyai perbezaan dari segi reka bentuk. Masjid di Jalan Pegawai ini mempunyai hanya sebuah menara yang dibina secara terpisah dari bangunan masjid itu sendiri, sedangkan masjid di Jalan Langgar, menara-menaranya dibina bersekali dengan bangunan masjid. Meskipun ada perbezaan, kedua-dua masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri, namun fungsinya sebagai sebuah tempat ibadah yang sangat dimuliakan tetap sama dan penting dalam meningkatkan syiar Islam.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA