MASJID SULTAN ISKANDAR

JLN MASJID 86800 MERSING
JOHOR
0105050
18/05/1956

SEJARAH

Masjid Jamek Mersing terletak di Bandar Mersing ini telah didirikan pada 7 Syawal 1375 Hijri bersamaan 18 Mei 1956 Masihi. Upacara peletakan batu asas masjid ini kemudiannya telah disempurnakan oleh Dato’ Syed Alwi, iaitu Mufti Kerajaan Negeri Johor ketika itu pada 24 Zulhijjah 1375 Hijri bersamaan 2 Ogos 1956 Masihi.

BINAAN

Masjid Jamek Mersing dibina berkonsepkan seni bina Afrika Selatan. Sebuah kubah yang bersaiz besar memenuhi bahagian bumbung masjidnya yang rata. Bentuk bangunan keseluruhannya empat persegi dan terdapat dua buah anjung serta sebuah menara dibina bercantum di sisi bangunan masjid ini. Anjung tersebut dibina mengikut reka bentuk seni bina Melayu. Kemasan luarnya sangat mudah dengan hanya menampilkan reka bentuk gerbang pada kedua anjung tersebut.

KEMUDAHAN

["15","16","18"]

PETA